Friday, March 20, 2009

Perkahwinan


Setinggi tahniah buat Puan Rosnah Ahmad dan Mohd Said Saleh kerana sah bergelar suami isteri pada 14 Mac 2009. Majlis persandingan telah diadakan kediaman ibu bapa Rosnah di Felda Tenggaroh 5, Jemaluang, Mersing, Johor. Jarak yang jauh tidak menghalang beberapa orang kakitangan PATMA dan PTSL hadir bagi memeriahkan majlis bersejarah buat mereka berdua. Doa dari kami semua semoga kedua-dua mempelai kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Semoga kedua pengantin ini sentiasa dalam keberkatan Allah dan dikurniakan generasi penyambung dakwah sebagaimana mereka ini kelak.

Seminar Kebangsaan 2009 E-Komuniti

Pusat Kajian E-Komuniti UKM telah mengadakan Seminar Kebangsaan Merapatkan Jurang Digital : Masyarakat Berpengetahuan, Model Malaysia di Hotel PNB Darby Park, Kuala Lumpur pada 18 hingga 19 Mac 2009.

Puan Mar!atul Q!btiah Isa dari PATMA telah menyertai seminar tersebut yang dirasmikan oleh Pengarah Seksyen K-Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri iaitu Y Bhg Pn Azizah Ahmad. Sesi Plenari 1 dan 2 melibatkan pembentangan 8 kertas kerja.
Pelbagai topik kertas kerja bertemakan Infrastruktur Masyarakat Berpengetahuan, Teknologi Baru, Impak Teknologi Terhadap Masyarakat Malaysia, Konsep Masyarakat Berpengetahuan dan Model Masyarakat Berpengetahuan telah dibentangkan oleh penyelidik dari IPTA dan IPTS seluruh negara. Seminar yang membuka minda ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan maklumat dan latihan ICT kepada masyarakat terutamanya masyarakat di luar bandar, memaksima penggunaan teknologi dalam semua bidang termasuk pengajaran dan pembelajaran, pertanian dan perindustrian, merealisasikan e-komuniti, m-learning dan lain-lain supaya jurang digital masyarakat Malaysia didekatkan selari dengan perkembangan dunia masa kini.

Wednesday, March 11, 2009

Pameran Alam Melayu



Majlis Pelancaran Buku ‘The Malays’ karya Anthony Milner telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 10 Mac 2009 di Bilik Senat, UKM. Majlis ini dianjurkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), UKM dan Perpustakaan ATMA telah diminta menyediakan pameran mengenai Alam Melayu. Buku-buku yang berkaitan Alam Melayu, peta dan poster dipamerkan di lobi Canselori, UKM pada hari tersebut.