Tuesday, June 30, 2009

Kursus Adobe Photoshop PUKM

Seramai empat orang kakitangan Perpustakaan ATMA telah menyertai Kursus Adobe Photoshop - Program Latihan ICT anjuran Perpustakaan UKM selama dua hari di siber@ptsl pada 24 dan 25 Jun 2009 yang lepas.

Saturday, June 27, 2009

Majlis Lawatan Rasmi DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Canselor UKM


Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima lawatan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud pada hari Khamis, 25 Jun 2009 yang lepas. Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu bersama dengan Institut Alam dan Tamadun Melayu telah menyertai pameran yang diadakan di Foyer Canselori, UKM. Poster berkaitan maklumat perpustakaan dan pameran buku terbaru terbitan warga ATMA turut dipamerkan.

Wednesday, June 24, 2009

Program Jejak Maklumat 2009

Pertandingan Jejak Maklumat 2009 anjuran QIT Pengurusan Perpustakaan UKM telah berlangsung pada 23 Jun 2009. Objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan kemahiran pencarian maklumat di kalangan kakitangan perpustakaan, meningkatkan pengetahuan kakitangan mengenai koleksi perpustakaan, memupuk budaya kerjasama di antara kakitangan dan memupuk semangat kekitaan di antara ahli-ahli KIK Perpustakaan.

Saturday, June 6, 2009

APC & AG

Tahniah diucapkan kepada Puan Rusiah Husin yang dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Majlis Anugerah Kualiti Ke 17, UKM pada 5 Jun 2009. Tahniah juga kepada Puan Rosnah Ahmad yang mendapat Anjakan Gaji (AG) pada tahun ini.