Saturday, August 8, 2009

Selamat Datang Pelajar Baru ke PATMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada mahasiswa/mahasiswi baru sesi akademik 2009/2010. Dan selamat datang kembali kepada mahasiswa/mahasiswi yang baru sahaja kembali dari bercuti semester baru-baru ini.

Perpustakaan ATMA ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat memulakan pengajian bagi semua mahasiswa/mahasiswi UKM. Ketahuilah, setiap daripada kamu merupakan generasi harapan yang mewarisi perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Dengan itu, berusahalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan yang diimpikan. Diharapkan semoga semua mahasiswa/mahasiswi dapat menggunakan sumber maklumat daripada Perpustakaan ini dengan sepenuhnya.

Daripada Anas r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa keluar untuk menuntut ilmu,
maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah
sehingga ia kembali."

Jika mahasiswa/mahasiswi inginkan makluman tentang keahlian Perpustakaan ATMA, bolehlah merujuk kepada web perpustakaan ATMA. Sila klik disini.

Ingin juga dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf perpustakaan dan bangunan ATMA akan bermula pada bila-bila masa. Sehubungan itu, semua pelanggan digalakkan membuat rujukan dalam perpustakaan sahaja, dan pinjaman dibenarkan sebelum kerja naik tarak bermula. Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pelanggan kami.

Sekian terima kasih.