Friday, February 20, 2009

Lantikan Kakitangan Baru PATMA

Tahniah diucapkan kepada Mohd Nazwan b. Abdul Kadir kerana telah ditawarkan jawatan Pembantu Am Pejabat N1 secara kontrak mulai 16 Februari 2009 di PATMA.

Wednesday, February 18, 2009

Mesyuarat Semakan Pengurusan

Perpustakaan UKM telah mengadakan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Bil.1/2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 15 - 17 Februari 2009. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan UKM, Tuan Haji Abu Bakar Maidin turut disertai oleh Ketua Bahagian PTSL dan Ketua Perpustakaan. Perpustakaan ATMA diwakili oleh Puan Aripah Mohamed dan Puan Nor Asiah Mohamad.
Puan Aripah telah membentangkan laporan pencapaian objektif bagi Prosedur Perolehan Bahan, Prosedur Pinjaman dan Pemulangan Bahan, Prosedur Aduan Pelanggan, Analisis Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dan Laporan Penilaian Prestasi Pembekal bagi tahun 2008. Puan Nor Asiah membentangkan pencapaian objektif kualiti bagi Prosedur Pengkatalogan Bahan 2008.
Objektif utama mesyuarat ialah untuk membentangkan pencapaian objektif kualiti dan prestasi bahagian masing-masing disamping mengutarakan masalah dihadapi ataupun keperluan yang dikehendaki. Pihak Pengurusan Perpustakaan akan mengambil kira setiap pencapaian dan permasalahan yang dibentangkan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perpustakaan kepada pelanggan.

Tuesday, February 10, 2009

Lawatan ke UiTM



Pada 11 Februari 2009, satu lawatan penanda aras ke Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diadakan. Lawatan ini diketuai oleh Pn Lela Ruzma Shaari melibatkan beberapa orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan Perpustakaan UKM. PATMA diwakili oleh Pn Mariatul Qibtiah Isa. Antara yang menarik di perpustakaan tersebut ialah Sistem Lokar Pintar yang menjimatkan ruang, Computer Lab Information System (CLIS) iaitu sistem pendaftaran di makmal komputer, VRF (Virtual Reference Facilitator) yang membolehkan interaksi antara pelanggan dan pustakawan secara maya, dan sistem pemarkahan untuk servis kaunter yang boleh dibuat oleh pelanggan melalui skrin sentuh yang terletak di kaunter-kaunter perkhidmatan.

Monday, February 2, 2009

5S di Pejabat Perpustakaan ATMA Aras 3

Sebelum 5S



Selepas 5S


Sebelum 5S


Selepas 5S


Kakitangan PATMA telah menjalankan aktiviti 5S di Pejabat Aras 3, PATMA pada 29 Jan 2009. Pejabat Aras 3 PATMA dan kawasan kerja kakitangan kini lebih kemas dan teratur. Fail-fail ISO terutamanya telah disusun dan ditempatkan di satu sudut yang lebih sesuai.