Wednesday, February 18, 2009

Mesyuarat Semakan Pengurusan

Perpustakaan UKM telah mengadakan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Bil.1/2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 15 - 17 Februari 2009. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan UKM, Tuan Haji Abu Bakar Maidin turut disertai oleh Ketua Bahagian PTSL dan Ketua Perpustakaan. Perpustakaan ATMA diwakili oleh Puan Aripah Mohamed dan Puan Nor Asiah Mohamad.
Puan Aripah telah membentangkan laporan pencapaian objektif bagi Prosedur Perolehan Bahan, Prosedur Pinjaman dan Pemulangan Bahan, Prosedur Aduan Pelanggan, Analisis Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dan Laporan Penilaian Prestasi Pembekal bagi tahun 2008. Puan Nor Asiah membentangkan pencapaian objektif kualiti bagi Prosedur Pengkatalogan Bahan 2008.
Objektif utama mesyuarat ialah untuk membentangkan pencapaian objektif kualiti dan prestasi bahagian masing-masing disamping mengutarakan masalah dihadapi ataupun keperluan yang dikehendaki. Pihak Pengurusan Perpustakaan akan mengambil kira setiap pencapaian dan permasalahan yang dibentangkan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perpustakaan kepada pelanggan.

No comments:

Post a Comment