Friday, October 2, 2009

Penutupan PATMA

Perhatian kepada semua pelanggan Perpustakaan ATMA, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Perpustakaan ATMA ditutup dan semua perkhidmatan di Perpustakaan ATMA diberhentikan buat sementara mulai 1 Oktober 2009 kerana kerja-kerja menaik taraf perpustakaan dan bangunan ATMA. Pemulangan bahan boleh dibuat di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) melalui "Book Drop". Pihak Perpustakaan ATMA memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.


Thursday, September 17, 2009

Salam AidilFitri 1430H

image : ptm, ukm


Selamat Menyambut Syawal buat semua pelanggan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu.
Mohon Maaf Zahir Batin daripada kakitangan PATMA.
Selamat bercuti.

Wednesday, September 16, 2009

Pengumuman Penutupan PATMA




Semua perkhidmatan di Perpustakaan ATMA diberhentikan mulai 14 September 2009 kerana kerja-kerja menaik taraf perpustakaan dan bangunan ATMA telah bermula. Pemulangan bahan boleh dibuat di kaunter Perpustakaan ATMA sehingga 30 September 2009. Selepas tarikh tersebut, pelanggan diminta membuat pemulangan di Perpustakaan Tun Seri Lanang sehingga diberitahu kelak. Pihak Perpustakaan ATMA memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Saturday, August 8, 2009

Selamat Datang Pelajar Baru ke PATMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada mahasiswa/mahasiswi baru sesi akademik 2009/2010. Dan selamat datang kembali kepada mahasiswa/mahasiswi yang baru sahaja kembali dari bercuti semester baru-baru ini.

Perpustakaan ATMA ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat memulakan pengajian bagi semua mahasiswa/mahasiswi UKM. Ketahuilah, setiap daripada kamu merupakan generasi harapan yang mewarisi perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Dengan itu, berusahalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan yang diimpikan. Diharapkan semoga semua mahasiswa/mahasiswi dapat menggunakan sumber maklumat daripada Perpustakaan ini dengan sepenuhnya.

Daripada Anas r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa keluar untuk menuntut ilmu,
maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah
sehingga ia kembali."

Jika mahasiswa/mahasiswi inginkan makluman tentang keahlian Perpustakaan ATMA, bolehlah merujuk kepada web perpustakaan ATMA. Sila klik disini.

Ingin juga dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf perpustakaan dan bangunan ATMA akan bermula pada bila-bila masa. Sehubungan itu, semua pelanggan digalakkan membuat rujukan dalam perpustakaan sahaja, dan pinjaman dibenarkan sebelum kerja naik tarak bermula. Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pelanggan kami.

Sekian terima kasih.

Tuesday, July 14, 2009

Kursus InDesign @PTSL

Wakil PATMA yang menghadiri kursus ini ialah Nor Asiah Mohamad, Sakdiah Abd Karim dan Ham Zaid Sulaiman. Rusiah Husin menjadi salah seorang fasilitator bagi kursus yang dianjurkan oleh Perpustakaan UKM ini. Diharap dengan kehadiran mereka boleh menambah skill yang ada :) untuk tujuan promosi dan penambahbaikan perpustakaan ATMA.

Sekitar kursus

Tuesday, July 7, 2009

"Projek" Perpustakaan ATMA Sebelum Ubahsuai


Kerja-kerja menyimpan buku-buku dan peralatan ke dalam kotak dimulakan di Aras 3 pada 1 Julai 2009 yang lepas. Setakat ini, kakitangan telah membuat penyimpanan buku-buku dari Koleksi Rujukan, Keratan Akhbar, Jurnal, Tesis dan peralatan pejabat sebagai persediaan sebelum projek naiktaraf bangunan ATMA ini berjalan.

Tuesday, June 30, 2009

Kursus Adobe Photoshop PUKM

Seramai empat orang kakitangan Perpustakaan ATMA telah menyertai Kursus Adobe Photoshop - Program Latihan ICT anjuran Perpustakaan UKM selama dua hari di siber@ptsl pada 24 dan 25 Jun 2009 yang lepas.

Saturday, June 27, 2009

Majlis Lawatan Rasmi DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Canselor UKM


Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima lawatan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud pada hari Khamis, 25 Jun 2009 yang lepas. Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu bersama dengan Institut Alam dan Tamadun Melayu telah menyertai pameran yang diadakan di Foyer Canselori, UKM. Poster berkaitan maklumat perpustakaan dan pameran buku terbaru terbitan warga ATMA turut dipamerkan.

Wednesday, June 24, 2009

Program Jejak Maklumat 2009

Pertandingan Jejak Maklumat 2009 anjuran QIT Pengurusan Perpustakaan UKM telah berlangsung pada 23 Jun 2009. Objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan kemahiran pencarian maklumat di kalangan kakitangan perpustakaan, meningkatkan pengetahuan kakitangan mengenai koleksi perpustakaan, memupuk budaya kerjasama di antara kakitangan dan memupuk semangat kekitaan di antara ahli-ahli KIK Perpustakaan.

Saturday, June 6, 2009

APC & AG

Tahniah diucapkan kepada Puan Rusiah Husin yang dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Majlis Anugerah Kualiti Ke 17, UKM pada 5 Jun 2009. Tahniah juga kepada Puan Rosnah Ahmad yang mendapat Anjakan Gaji (AG) pada tahun ini.

Monday, April 27, 2009

Pesta Buku Kuala Lumpur 2009

Aktiviti wajib tahunan perpustakaan..


Tarikh : 17 - 26 April 2009
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Thursday, April 2, 2009

Bengkel Pengkatalogan MARC 21

Bengkel anjuran Bahagian Katalog PTSL, UKM ini telah berlangsung selama 3 hari mulai 30 Mac 2009 hingga 1 April 2009 di siber@ ptsl. Ianya bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman peserta kursus tentang MARC 21 dan mengetahui cara yang betul dalam memasukkan maklumat bahan ke dalam Sistem Virtua agar rekod berkualiti dapat dihasilkan. Selain itu dapat mengelakkan kesilapan kemasukan data. Prof Madya Salmah Salleh dari Universiti Teknologi MARA telah dijemput untuk mengendalikan bengkel ini.


Friday, March 20, 2009

Perkahwinan


Setinggi tahniah buat Puan Rosnah Ahmad dan Mohd Said Saleh kerana sah bergelar suami isteri pada 14 Mac 2009. Majlis persandingan telah diadakan kediaman ibu bapa Rosnah di Felda Tenggaroh 5, Jemaluang, Mersing, Johor. Jarak yang jauh tidak menghalang beberapa orang kakitangan PATMA dan PTSL hadir bagi memeriahkan majlis bersejarah buat mereka berdua. Doa dari kami semua semoga kedua-dua mempelai kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Semoga kedua pengantin ini sentiasa dalam keberkatan Allah dan dikurniakan generasi penyambung dakwah sebagaimana mereka ini kelak.

Seminar Kebangsaan 2009 E-Komuniti

Pusat Kajian E-Komuniti UKM telah mengadakan Seminar Kebangsaan Merapatkan Jurang Digital : Masyarakat Berpengetahuan, Model Malaysia di Hotel PNB Darby Park, Kuala Lumpur pada 18 hingga 19 Mac 2009.

Puan Mar!atul Q!btiah Isa dari PATMA telah menyertai seminar tersebut yang dirasmikan oleh Pengarah Seksyen K-Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri iaitu Y Bhg Pn Azizah Ahmad. Sesi Plenari 1 dan 2 melibatkan pembentangan 8 kertas kerja.
Pelbagai topik kertas kerja bertemakan Infrastruktur Masyarakat Berpengetahuan, Teknologi Baru, Impak Teknologi Terhadap Masyarakat Malaysia, Konsep Masyarakat Berpengetahuan dan Model Masyarakat Berpengetahuan telah dibentangkan oleh penyelidik dari IPTA dan IPTS seluruh negara. Seminar yang membuka minda ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan maklumat dan latihan ICT kepada masyarakat terutamanya masyarakat di luar bandar, memaksima penggunaan teknologi dalam semua bidang termasuk pengajaran dan pembelajaran, pertanian dan perindustrian, merealisasikan e-komuniti, m-learning dan lain-lain supaya jurang digital masyarakat Malaysia didekatkan selari dengan perkembangan dunia masa kini.

Wednesday, March 11, 2009

Pameran Alam Melayu



Majlis Pelancaran Buku ‘The Malays’ karya Anthony Milner telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 10 Mac 2009 di Bilik Senat, UKM. Majlis ini dianjurkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), UKM dan Perpustakaan ATMA telah diminta menyediakan pameran mengenai Alam Melayu. Buku-buku yang berkaitan Alam Melayu, peta dan poster dipamerkan di lobi Canselori, UKM pada hari tersebut.

Friday, February 20, 2009

Lantikan Kakitangan Baru PATMA

Tahniah diucapkan kepada Mohd Nazwan b. Abdul Kadir kerana telah ditawarkan jawatan Pembantu Am Pejabat N1 secara kontrak mulai 16 Februari 2009 di PATMA.

Wednesday, February 18, 2009

Mesyuarat Semakan Pengurusan

Perpustakaan UKM telah mengadakan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Bil.1/2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 15 - 17 Februari 2009. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan UKM, Tuan Haji Abu Bakar Maidin turut disertai oleh Ketua Bahagian PTSL dan Ketua Perpustakaan. Perpustakaan ATMA diwakili oleh Puan Aripah Mohamed dan Puan Nor Asiah Mohamad.
Puan Aripah telah membentangkan laporan pencapaian objektif bagi Prosedur Perolehan Bahan, Prosedur Pinjaman dan Pemulangan Bahan, Prosedur Aduan Pelanggan, Analisis Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dan Laporan Penilaian Prestasi Pembekal bagi tahun 2008. Puan Nor Asiah membentangkan pencapaian objektif kualiti bagi Prosedur Pengkatalogan Bahan 2008.
Objektif utama mesyuarat ialah untuk membentangkan pencapaian objektif kualiti dan prestasi bahagian masing-masing disamping mengutarakan masalah dihadapi ataupun keperluan yang dikehendaki. Pihak Pengurusan Perpustakaan akan mengambil kira setiap pencapaian dan permasalahan yang dibentangkan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perpustakaan kepada pelanggan.

Tuesday, February 10, 2009

Lawatan ke UiTM



Pada 11 Februari 2009, satu lawatan penanda aras ke Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diadakan. Lawatan ini diketuai oleh Pn Lela Ruzma Shaari melibatkan beberapa orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan Perpustakaan UKM. PATMA diwakili oleh Pn Mariatul Qibtiah Isa. Antara yang menarik di perpustakaan tersebut ialah Sistem Lokar Pintar yang menjimatkan ruang, Computer Lab Information System (CLIS) iaitu sistem pendaftaran di makmal komputer, VRF (Virtual Reference Facilitator) yang membolehkan interaksi antara pelanggan dan pustakawan secara maya, dan sistem pemarkahan untuk servis kaunter yang boleh dibuat oleh pelanggan melalui skrin sentuh yang terletak di kaunter-kaunter perkhidmatan.

Monday, February 2, 2009

5S di Pejabat Perpustakaan ATMA Aras 3

Sebelum 5S



Selepas 5S


Sebelum 5S


Selepas 5S


Kakitangan PATMA telah menjalankan aktiviti 5S di Pejabat Aras 3, PATMA pada 29 Jan 2009. Pejabat Aras 3 PATMA dan kawasan kerja kakitangan kini lebih kemas dan teratur. Fail-fail ISO terutamanya telah disusun dan ditempatkan di satu sudut yang lebih sesuai.